Hello Kitty ♥

Thankyou ♥

Jul 16, 2013

PSIS's GRADUATION DAY 2013



Nah, rindu tak dekat kita Shin Bae ? Tunang orang ni Cantik sedondon dengan Laki dia. 



Tahniah Hayati sebab dapat Anugerah Ketua Jabatan. Padan muka Mariani, belajar main main, bercinta berkasihan last last kau tak dapat apa pun. Cinta pun dah mati terkubur. Okay diam =/=



Untuk segala keringat yang di leburkan,
Untuk segala ilmu yang dicurahkan,
Untuk segala ilmu yang dibekalkan.
Dari bibir pendidik , ke otak sang penerima,
Walaupun hampir juling menelaah coding komputer,
Tiada siapa ambil tahu
Tiada siapa yang perasan
Saat mata juling ketika berhadapan.
Aku tahu kau tak sedar.
Sebab pipi menguasai segalanya .


Fokus dekat pipi Mariani. Jumpa geng dekat BNO, sanggup makan laju laju sebab nak berborak dengan classmate punya pasal. Jejaka Hensem DIP A's




Berjumpa junior yang kenal di laman sosial , hai adik, belajar rajin rajin. contohi Kak Najiha yang cantik itu ye. Pastikan ada pingat di jubah masa konvo. 




Pulun habis mampu,
Menangis tanpa segan silu
Di peluk erat sang pendidik
Demi menerapkan semangat jiwa kental untuk terus menghadapi rintangan
Akhirnya FYP berjaya di siapkan.
Oh terima kasih Dik Man kelas DIP C for helping me.
Dan Puan Ajisa
Yang tidak sempat aku menatapnya.



Ingin ku coretkan sepanjang perjalanan 1080 hari di Politeknik Sabak Bernam.
Ahh, terlalu manis untuk diluahkan.
Tak terungkap dengan kata kata .
Limpahan dan curahan kasih sayang.
Yang sombong menjadi peramah.
Yang pendiam mulakan huru hara.
Yang nakal menjadi naughty (baca degil)



Rindu setengah mati


Yang tak kenal menjadi rapat.
Boleh buat geng gosip
Sampai jadi geng tidur dalam surau.
Jangan keras hati,
Susah nak cari laki.
Ingatkan diri sendiri


Cantik officemate aku ni sebenarnya kalau engko orang nak tahu



Hai Neena Halim, jumpa tepi jalan panggil dan bergambar bersama Ekin. Mariani sangat perangai. 




Indah bukan ?
Kenangan itu ibarat tahan kentut dekat dalam lif yang tak nak dilepaskan
Kalau lepaskan, orang tahu.
Dan semua akan pandang engkau.
Sila malu.



Tidak akan lupa hari kejadian.
04072013

Selamanya dalam ingatan.
Gambar semua ehsan dari kesayangan.
Gambar kita punya simpan dalam hati dan kunci.