Hello Kitty ♥

Thankyou ♥

Jul 17, 2013

DIAM

 Suatu ketika dahulu,aku juga pernah ada si penakhluk hati.Cerita bahagia tak terkira.Siang malam meluahkan rasa.Dalam kepala "tiada pasangan lain yg dpt menandingi kisah kita". Sebenarnya aku alpa, dr 10 mata yg membaca, 9 darinya mengharapkan kisah aku tidak lama. Kalau kita keep on bercerita, siapa aja yg suka, kan? So lovebirds, keep calm and love as a normal people. Dpt apa dgn riak takbur segala? Jgn jd mcm aku, tak jadi. Malu :)  : Ezreen Nasir


Kadang berada di landasan seperti ini,
Tak semua benda harus di kongsi.
Walaupun perasaan meronta ingin menulis.
Kerana riak kan ?
Betul la tuh.
Tapi bila di fikir balik,
Kenapa otak seakan kaku bila sudah berada di sini ?
Kisah sepi kisah gembira.
Kadang ada yang benci
Mengeji.Bertindak secara diam
Betul kata Cahaya.

Aku pernah menjadi riak suatu ketika dahulu.
Ya. Aku tak tipu.
Pernah aku berkongsi
Keindahan bercinta dan dicintai.
Tapi sendiri aku malu.
Meratapi sakitnya hati.
Bukan sekali.
Bukan dua kali.
Lumrah hidup.
Yang datang akan pergi,
Yang pergi tak mungkin kembali.

Kalau datang kembali,
bukan sayang,
tapi kasihan.
Kasihan.

Itu semua pengalaman.
Kalau kau tak rasa,
kat lorong mana kau nak kutip ?
Tak ada jual dekat Pasar Tani Pak Abu.
Nak cari penjaja jual pengalaman pun tak ada.
Sendiri rasa, sendiri kutip, sendiri simpan.

Biar beku dalam hati.
Tiada yang sakit hati mencaci dan mengeji.

Diam.