Hello Kitty ♥

Thankyou ♥

Jun 24, 2013

KEPINGAN HATI

Setiap pertemuan kita tidak berakhir dengan pengakhiran yang sempurna.
Kau berjaya menawan hati ku.
Sikap kelelakian mu yang bukan seperti lelaki lain mengundang pintu hati untuk terbuka.
Aku menghitung selama mana jasad dan nyawa kita bersatu.

Tika saat kau memulakan bicara.
Sehingga kita meluahkan perasaan sayang.
Sampai satu purnama,
Engkau hilang.
Aku mencari sehingga ke lubuk bumi.
Tiada.
Aku kesal.
Putus harapan.
Untuk terus mencintai.
Aku menanti.

Tapi sayang,
seribu kali sayang.
Kita bersatu bukan untuk selamanya.
Duri itu sakit jika tercucuk.
Pisau itu tajam halus menusuk.
Tersilap langkah.
Jerat disambar mangsa.
Aku pergi.
Berpaling membelakangi engkau.
Sesekali aku menoleh,
Redup mata.
Bibir mu yang bergerak.
Tapi engkau tetap kaku di situ
Tidak menghalang, mahupun menegah
Saat terlihatkan aku di samping orang lain.

Jangan kira sakit engkau.
Usah di hitung berapa inchi koyaknya hati engkau.
Tanya dirimu , berapa baldi air mata aku keluarkan
Kerana janji mu hanya di bibir .
Bukan datang dari hati.

Jodoh itu rahsia Tuhan,
Siapa sangka kita di takdirkan bertemu.
Bukan dalam mimpi, tapi realiti.
Sakit yang paling pedih.
Bila kau masih aku cinta.
Walaupun kini bukan aku di samping mu.
Bukan tangan ku yang engkau pegang
Bukan gambar ku yang kau simpan dalam memori


Persetankan perasaan ini.
Syaitan , mohon pergi jauh.
Cinta ini tak mungkin berputik.
Lupakan semua kenangan.
Beri aku kekuatan.
Kerana dia bukan lagi tulang rusukku.
Simpan dalam hati.
Tatap sampai mati.

Hati sudah keras.
Sekeras kerikil jalanan.
Hentak lah ia dengan konkrit.
Cairkan lah dia dengan nyalaan api.
Utuh di situ.

Kunci sudah dibuang jauh.
Mangga rapi hati keras ini.
Biar nampak gagah.
Sembunyikan gundah.
Simpulkan tawa indah
Jika engkau sang teruna idaman.
Carilah kunci hati ini.