Hello Kitty ♥

Thankyou ♥

Jan 19, 2013

Rangka Rangka yang bercantum

Sangat indah perasaan itu apabila bersahabat. Ye sahabat itu ada ketika susah dan senang. *Yang menikam dari belakang tuh bukan sahabat. Tapi kawan yang penuh rahsia.  * Sahabat ketika suka dan ngences *baca sedih*. Berkongsi apa adanya yang boleh kongsi. Nasib baik boyfren tak boleh kongsi. * tapi ada juga sahabat baik yang sanggup keluar dengan pakwe sahabat dia sendiri. Kalau itu aku panggil lelaki dan perempuan yang konon mengaku sahabat tu adalah paling lahanat. * Kesian kan. Takpe Allah kan maha petunjuk. Allah tunjukkan  In Sha Allah. Allah memberi peringatan In Sha Allah Kesian orang yang teraniaya itu.

Emm Kalau dah namanya sahabat. Apa awak pakai saya pun nak pakai sebab nak nampakkan yang kami ni sehati sejiwa. Apa awak makan kita pun nak kongsi. Baru nampak loving di situ. Tersentuh tak?

Dan perasaan itu tersentuh  apabila kesedihan kita turut di rasai. Lagi tersentuh apabila kita tidak langsung bercerita apa apa tentang kesedihan kita. Tidak cerita walau sekuman atau sebesar zarah pun. Tidak. Tapi sahabat boleh merasai kesedihan kita dengan hanya melihat membaca merasai perasaan kita. Mungkin masa kita tidur rangka rangka kita bercantum kan? Hati itu sebenarnya sangat rapat walaupun Semenyih dan Meru itu jauh tambah tambah bila jem gila. Hati itu sebenarnya bercantum walaupun hakikatnya kita jauh.

Dalam hati berasa sangat rindu. Rindu sampai kadang kadang nak nangis pun ada. Oh. Perlis itu sangat menggamit kenangan dengan sahabat. Perlis pemulaan segala galanya. Perlis titik noktah sebenarnya jodoh kami menjadi sahabat sangat kuat.

Siapa yang nak sikatkan rambut yang tebal ni lepas mandi?
Boleh tak nak kongsi bantal dan selimut bila tidur malam?
Boleh tak nak rasa hangat nya pelukan sahabat itu?
Bila lagi nak menggemukkan badan bersama dan bercerita di bawah bulan terang?
Hmm ada beberapa purnama sahaja lagi.

Sahabat. Awak tahu siapa awak.
-__-

Iloveyou.

Takmo lah citer bebanyak. Nanti sahabat kembang sebab malu kita puji.