Hello Kitty ♥

Thankyou ♥

Sep 17, 2013

KESAL

Dalam pejam, aku lena, aku terbuai mimpi indah.
Engkau datang, aku sambut , aku balas cintamu.
Aku buntu, dalam hidup perlu satu .
Aku tamak. Aku mahu keduanya.
Tapi aku terpaksa memilih.
Memilih sambil pejam mata.
Aku tak berani menoleh
Engkau yang aku tinggalkan untuk dia yang tidak pernah menghargai aku.
Aku kesal.
Aku menyesal.
Luka engkau amat dalam.
Sampai aku kau benci.
Diri di biarkan tanpa berita.
Cerita kita terhenti di situ.
Derita.
Sampai satu detik ,
Aku turut merasa derita mu.
Pedih.
Bangunku ibarat duduk.
Baringku gelap tanpa cahaya.
Sampai satu masa.
Takdir menemukan kita.
Sangat asing bagiku.
Bertemu empat mata.
Kelu.
Kaku.
Kau titipkan cinta dulu.
Kau hembuskan sayang lalu.
Kerana dari jauh aku masih kau cinta.
Begitu juga aku.
Beban kau selepas aku pergi , amat berat.
Kau pikul sendiri.
Kau simpan berdiam diri.
Luahan itu aku rasa.
Sakitnya engkau.
Bertahun lamanya
Dalam kekeliruan mencari kepastian.
Kekusutan kau cerita melalui air mata.
Air mata itu jatuh tanpa di paksa.
Air mata Lelaki.
Jika aku titip sayang, bolehkan kita bersama ?
Jika aku hembus cinta dapatkah selamanya kita bersatu ?
Aku takut, langkah itu silap.
Aku takut jalan itu gelap.
Tunduk menyembah bumi.
Berkali juga aku terduduk.
Kelak.
Aku akan menyesal.