Hello Kitty ♥

Thankyou ♥

Aug 15, 2013

Penyakit Hati.

Gelap aku nampak engkau.
Terang engkau tak mungkin suram.
Hadir kau satu peringatan.
Membuahkan senyuman 
Menghasilan keihklasan
Bukan untuk memberi segalanya.
Tetapi aku belajar menerima apa yang kau beri.
Dan aku cuba memberi.
Jujurnya engkau dengan perasaan mu.
Aku terkelu membisu.
Lidah beku bukan senang nak kawal.
Nafas kencang Tuhan sahaja dengar.
Kalau kau bisa dengar degup jantungku.
Tak dapat di kawal oleh hati.

Hati sudah lama kosong.
Kosong dan kosong.
Sehingga hati bertemu sepasang mata.
Mata yang penuh asyik.
Asyik sampai terleka.
Sehingga satu tahap duduk dan berfikir.
Hati, awak sudah bersedia ? 
Kadang hati ingin juga berbicara
Manis dan romantik.
Marah dan cemburu
Sampai bila hendak kunci hati ? 
Belum pasti Allah tolong hati yang keras.
Berbicara hati ke hati 
Bukan mudah
Ibarat kau nak lepaskan anak yang sedang bertatih.
Takut ada.
Suka pun ada
Bila kau lepas, anak itu berjalan. -  Kau suka.
Tapi bila anak itu jatuh. Kau risau. Tapi itu pengalaman buat anak itu
Pengalaman itu mematangkan.
Jika takut menguasai segalanya tidak akan terjadi.
Hati terlalu berhati hati sebenarnya.
Takut luka lama berdarah kembali.
Aku tahu kau tahu hati aku jenis apa.
Andai hati kita boleh bercantum.
Aku mohon cantum untuk selamanya.