Hello Kitty ♥

Thankyou ♥

Aug 29, 2013

PENCACAI CINTA

Wahai pencacai cinta.
Tak usah kutip cinta yang kau dah buang.
Kau serupa anjing yang menggonggong tulang kehulu kehilir .
Menagih sesuatu yang kau dah pernah buang.
Kau sendiri berkata, kau tak akan berpatah balik.
Saat kau berpatah balik , gelaran apa yang sesuai aku beri untuk kau ?

Wahai Arjuna,
jangan berkira kau pernah jadi anjing, menagih cinta sang perempuan.
Kau tak fikir perempuan itu pernah menjadi anjing dahulu sebelum engkau merasainya ?
What u give , you get back

Wahai pencacai cinta.
Kau tak berhak singgah dalam hati dia yang pernah engkau remukkan hatinya.
Jangan pernah niat untuk menambah remuk itu.
Simpan kemas niat kau.
Dan remukkan hati kau dahulu sebelum dia.
Hati yang remuk, bukan kau pengubatnya.
Walaupun sekejap.
Jangan pernah.
Sakit kau tak rasa.
Dia rasa seorang.

Wahai pencacai cinta,
Pergi dan jangan pernah kembali.
Kerana cinta yang mati tidak akan bangun menagih kembali.
Hati remuk yang kau sakiti belum tentu boleh sembuh dengan tonik hati.