Hello Kitty ♥

Thankyou ♥

Jun 14, 2013

TERIMA KASIH

Hidup ini indah jika kau tahu menghargainya.
Lebih indah apabila hilang beban yang tak perlu kau fikir.

Semakin dalam aku renung, semakin hampir aku kecapi impian itu.
Terima kasih mereka yang masih ada untuk menghiburkan hati dan mengasihi diri ini ( sila nangis sekarang)

Kalau aku tahu ombak itu besar,
Tak rela aku redah desirannya.

Kerana bayangan aku seperti pasir telus yang menenggelami kaki
Saat aku memijak setiap butiran halus .

Gampang hati berubah.
Ibarat angin monsun setiap musim.

Redup mata si nelayan merenung jauh melihat pantai,
menunggu bila ribut akan reda.

Tangan erat menggenggam tasbih
Terkumat kamit mengalunkan pujian

Masih setia mengucapkan terima kasih kepada pencipta.
Kerana KAU, kami masih di sini berdiri memijak bumi.