Hello Kitty ♥

Thankyou ♥

Mar 5, 2013

Tidak Pernah Aku Menyesal

Tidak pernah aku menyesal
Menyayangimu sepenuh hati
Merinduimu setiap detik
Mencintaimu apa adanya kamu

Tidak pernah aku menyesal
Dilukai dan terluka
Dikhianati dan mengkhianati
Disakiti dan menyakiti

Tidak pernah aku menyesal
Mencipta memori indah bersamamu
Belajar memahamimu
Mengikut rentak hidupmu

Tidak pernah aku menyesal
Berpaling dari hidup mu
Andai dia menjadi pilihan hatimu
Aku ini ibarat melukut di tepi gantang
Rapuhnya aku atas kebahagiaanmu
Aku tak berdaya melawan takdir
Walaupun begini ujiannya
Aku teruskan gelak tawa
Aku pasti ukirkan senyuman
Dan kau tafsir sendiri senyuman apalah itu.
Gelak apakah itu.

Tak pernah aku menyesal
Dengan kejujuran mu
Apabila nama ku telah kau singkir
Kau isi hati mu dengan sekuntum mawar pilihan hatimu
Dan kau yakin dia akan membahagiakan mu seperti yang kau mahu.

Tak pernah aku menyesal mengalirkan air mata untuk setiap perkara yang aku tak pernah menyesal.

*jatuh terduduk*